NiCe ViEw...

NiCe ViEw...
NiCe ViEw...

Thursday, November 24, 2011

InTerView Oh IntErviEw.....

Tadi masa tengah syok bersembang dengan pekerja tiba-tiba saya dapat satu panggilan. Masa tu saya ada kat site Nak tau tak panggilan dari sape?..Hmmm..panggilan dari syarikat yang saya pernah apply kat dalam internet. Saya sendiri pun dah lupa masa bila saya apply kat syarikat ni...

Hmmm...memang saya dah agak yang panggilan ni dari salah satusyarikat yang saya apply. Jadi saya terpaksa menjauh sikit dari diorang sebab tak nak ganggu diorang bercakap.. sopannya saya ni kan?..jawab call jauh-jauh sebab tak nak ganggu orang tengah bercakap hew..hew..hew...

Temujanji untuk interview tu hari selasa ni bersamaan 29 November 2011. Saya sebenarnya tengah confius samada nak pergi ke tak interview tu. Kalau saya pergi, macam mana saya nak pergi kat sana? Pastu camne saya nak ambik cuti ni? Ngan kawan saya pun saya tak beritahu lagi yang saya dapat interview tu....

Hmmmm....macam mana ni ye.....

Macam mana ye..nak gi ke tak? Saya cakap kat syarikat tu nanti pape hal saya akan call back that company before tuesday. Perlukan pandangan dan cadangan ni...

Aaaarrrggghhhhhh!!!!!!!...tension betul la takde transport ni!!!!!....

Susahnya kalau tak ada kenderaan.. Susah nak bergerak ke sana sini...



Sunday, November 20, 2011

MooD SayA PadA HarI InI

Hmmmm...dah lama rasanya tak update blog ni..Blog saya pun dah mula dipenuhi ngan sawang yang cantik-cantik sume nye..huhu...

Entri saya kali ni seperti yang tertera di atas..Mood saya tak berapa nak okey la..Macam-macam yang saya rasa sekarang. Dan yang paling tak tahan kena menanggung penderitaan sakit kepala sekarang ni...Arggggghhhhhhh!!!!!!..sangat tidak tahan..Rasa macam nak baring je sepanjang masa arini tapi apakan daya keadaan sekarang ni tidak mengizinkan saya berbuat begitu. Lambatnya balik keje. Tak sabar rasanya nk menghempaskan badan ke katil yang empuk ni..

need a medicine plisss.....

Mungkin sakit ni menyerang disebabkan saya terlalu stres ngan kerja yang berlambak dan ditambah dengan masalah-masalah lain..

tension betulllll....!!!!

p/s:wahai sakit kepala...cepat-cepatlah pergi dari diri saya ini...Sebab saya malas nak makan ubat & saya taknak menanggung sakit ini lama-lama T_T

Thursday, October 13, 2011

Ciri-Ciri Suami Idaman

Lelaki yang macam mana nak dijadikan suami?.. Kebanyakannya pasti akan jawab ciri-ciri lelaki yang nak dijadikan suami sama macam ayah kita. Kajian ini telah dibuat kat negara omputih dan kebanyakan jawapan yang diterima, nak bakal suami diorang sama macam ayah masing-masing.

Salah sorang dari golongan ini adalah saya. Kalau boleh saya nak ciri-ciri bakal suami saya sama macam ayah saya. Sangat penyayang, sangat penyabar, sangat bertanggungjawab, sangat mengambil berat dan macam-macam lagi la. Tapi masalahnya masihkah ada harapan untuk saya memiliki jejaka yang ada ciri-ciri macam ayah saya? Hmmmm...kalau lah ada, betapa bertuahnya saya dan bakal anak-anak saya..hahahahaha..


pastinya perempuan ni mengharapkan suami die jadi macam ayah die 




contoh ayah mithali :)

p/s: hmmmmm...tibe-tibe rasa rindu kat ayah..sentiasa teringat kenangan waktu bahagia kami sekeluarga dan ketika ayah sakit.. :’(

Tuesday, October 4, 2011

Layan Lagu...

Entri kali ni saje-saje je letak lagu yang jiwang karat ni. First dengar time adik pasang lagu ni dengar macam biasa je. Lama lepas tu ada orang pasangkan lagu ni lagi. Bila dengar betul-betul macam best la pulak lagu ni. Senikata lagu ni agak sedih sebab cinta yang diingikan dari orang tersayang tidak kesampaian. Ni saya sertakan lirik lagu ni. Korang hayati la lirik lagu ni eh..



Di Saat Aku Mencintaimu – Dadali

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi.. menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
  
Menyendiri lagi..menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti            
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta



Ni pulak video klip untuk lagu ni :



Jom sama-sama kita layan lagu ni :-)







Monday, October 3, 2011

Chicken Pox

Inilah tajuk yang saya ingin kupaskan pada entri kali ni. Sebut je nama penyakit ni, bagi yang tak pernah kena lagi pasti akan rasa takut dan mula nak jauhkan diri dari pesakit yang kena penyakit ni.  Tapi kebanyakannya pernah kena penyakit ni time kanak-kanak lagi. Hmmmm...bestla bagi yang kena penyakit ni time kanak-kanak. Kalau dah besar baru kena agak tak best la sebab malu ngan keadaan diri. Saya adalah salah sorang yang kena penyakit ni time dah besar. Teramat tak best.

Meh nak citer pengalaman kena penyakit ni. Masa mula-mula kena memang dah rasa semacam jer tapi buat dek je sebab memang tak expect akan kena penyakit ni. Tapi tetap search lam internet nak tau simptom-simptom penyakit ni. Bila dah rasa cam memang cukup je syarat untuk kena penyakit ni, pegi la jumpa doktor kat sebuah klinik swasta disekitar PJ Oldtown. Yang rasa kecewa + bengang doktor kat klinik tu dengan yakin cakap ni bukan kena chicken pox sedangkan naluriku kuat mengatakan memang dah kena pun penyakit ni. Doktor tu cakap nanti kalau dah naik kat muka baru datang jumpa die. Kenapa tak cakap nanti bila dah penuh satu badan baru datang jumpa die? Tapi hanya terluah dalam ati jela. Takut nanti dikatanye saya ni lebih pandai dari doktor..huhhhhh!!!!

Even dah dapat MC 2 hari hanya sebab dikatanye demam, tapi saya tetap tak puas hati. Esoknye saya pegi klinik lain kat sekitar Jln Klang Lama. Kat sana doktor tu cakap memang confirm saya kena chicken pox. Masa tu memang dah bintik-bintik merah muka ni. Dapat MC lagi. Kali ni dapat 5 hari. So, saya ape lagi malam tu terus packing barang balik kampung.
Tapi saya ade la terasa hati kat kawan sorang ni. Bila die dapat tau saya kena penyakit ni die terus jauhkan diri dari saya. Takut berjangkit katanye. Blah ngan takut berjangkit kau tu!! Kena betul-betul baru padan muka. Tak kisah la kau nak jauhkan diri dari aku pun. Bukannya aku heran sangat (cool down sikit Nor) Ape pun saya sangat bertimer kasih sangat kat kawan saya yang dua orang ni sebab sudi nak hantar saya pegi stesen bas. Budi korang takkan saya lupakan.

Kena penyakit ni memang rasa tidak selesa sangat dan sakit. Disini saya ada lampirkan info tentang penyakit ni. Kalau rajin baca la. Untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Chicken Pox

Pengenalan
Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox. 

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku. 

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.
 

Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema). 
Komplikasi akibat chicken pox: 
  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri. 
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak 
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan
  1. Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
  1. Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
  1. Rawatan di rumah 
    • Sapu losyen calamine.
    • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
    • Panadol untuk demam
Pencegahan 

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.
Semakan Akhir : 22 April 2008




Bagi anda yang rasa ada simptom-simptom seperti diatas, diharap cepat-cepatlah jumpa doktor yang betul-betul bertauliah sebab kalau cepat-cepat jumpa doktor anda mungkin tak kena teruk sangat dan parut takde la banyak sangat melekat kat badan dan muka.

Tapi ade jugak best nye dapat sakit ni sebab dapat MC lama-lama.So, boleh la rest lama-lama sikit kat rumah macam saya ni. Sampaikan bila dah masuk keje balik takde mood sudah nak wat keje..ish..ish..ish..(sambil geleng kepala)..


Monday, September 5, 2011

ape kurang nye saya?

Tengah duk tengok2 facebook saya ni, pastu terfikir nak tengok profile kawan saya. Bile bukak profile kawan saya tu, tibe2 saya nampak saya kena "add as friend" kat profile die. Rasa tersentap jap. Pastu otakku mula bekerja kuat mengingatkan balik yang bukan ke saya dah berkawan ngan die ni.

Rupanye die dah remove saya sebagai kawan die kat dalam facebook die. Saya tak tau kenapa die remove saya dalam facebook die. Mungkin saya tak layak jadi kawan die lagi dah.. Hmmmm...orang dah tak sudi kawan ngan kite buat pe kite terhegeh2 nak kawan ngn orang tu lagi kan?

Tapi sejujurnye saya betul2 rasa sedih + kecewa dan masih terpikir lagi kenapa tibe2 die remove saya sebab tengok dari perwatakan die tu cam die bukan jenis yang macam tu. Remove facebook tanpa sebab. Kenapa awak buat macam ni kat saya? Kalau dah xsuka or dah bosan kawan ngan saya, at least gtau la kat saya. Jangan la tibe2 buat keputusna drastik camni. Awak ingat saya ni takde perasaan ke?..




Saya ni mungkin tak cantik dan tak sesuai untk berkawan ngan awak kan?..
:'(

Sunday, May 15, 2011

First Impression

Kadang-kadang bile kita nak kenali seseorang, kita tengok first impession kita pada seseorang tu. Kalau first kenal rasa cam okey jek (nampak baik, boleh dipercayai) kita pun terima die jadi kawan kita dan kalau boleh nak die tu jadi kawan baik kita selamanye. Tapi kalau sebaliknye just kenal-kenal camtu je. Tak terniat pun nak kekal sampai bile2.

Tapi sebenarnye pada pandangan saya tak semua first impression kita tu tepat. Memang pada mulanya kita tengok die ni nampak ok, means boleh dipercayai dan boleh dijadikan sebagai kawan baik. Tapi tu hanya permulaan je dia nampak okey. Bila dah lama kenal or maybe tak sampai sebulan setengah kenal, die dah mula tunjukkan sifat sebenarnya (sifat negatif). So, masa tu kadang-kadang terdetik gak  dalam ati ni rasa agak menyesal layan die baik-baik masa mula-mula kenal..:-(


Lepas ni kalau baru berkenalan ngan kawan baru dah taknak wat baik-baik sangat dah. Setakat ala kadar sudah lah. Kalau terjadi pape macam salah paham ke, pastu tibe-tibe die berubah tingkah laku,  jadi takdela sakit ati sangat kat die ni. So, lepas ni berpada-pada la layan kawan yang baru kita kenal. Jangan sume benda kita nak citer kat die even die citer sume benda termasuklah hal peribadi die kat kita..


P/s: Sebenarnya kata-kata ni lebih kepada beri ingatan pada diri sendiri..Terpulang la pada korang samada nak ikut ke tak pe yang saya cakap ni..:-)..Bercakap pun melalui pengalaman bukan main hentam kromo je..



Thursday, April 28, 2011

Malas Nak Update Blog

Hye all..Hmmm...dah lame rasanye tak update blog ni...Rasa cam malas jek nak update blog semenjak dua menjak ni. Memang banyak sangat citer nak kongsi tapi mood nk menulis ni tak datang la..Lately ni banyak perkara yang berlaku lam idup saya tau. Ermm..nantila, kalau rasa cam rajin nak menulis, saya citer..Hokeyy!!!..Okey la, ngantuk suda..Mau masuk tido dulu..Besok nak kena bangun awal coz keje..Nyte all...Muahhh..<3..

Monday, March 28, 2011

Sambil Menyelam Minum Air

Gi KL sebab nak gi interview. Sambil tu, leh gi jalan2 makan angin (sambil menyelam minum air).....

Baru2 ni saya ada bagitau yang saya dapat interview kat PJ kan?. So saya pergila untuk mencuba bersama ngan member saya. Masa pagi nak bertolak ke Shah Alam, saya dapat satu lagi panggilan interview kat Kota Damansara. Alang2 dah nak ke sana saya suruh la pihak syarikat tu aturkan interview tu dalam minggu tu jugak.

Sampai kat Shah Alam, member yang memang duk kat sana datang ambik. Ingatkan terus balik rumah tapi diorang ajak jalan2 kejap. Gi makan kat Seksyen 2, Shah Alam. Makan2 sambil borak2 tak sedar masa dah lewat sangat. Lepas hantar kawan lagi sorang balik kolej kediaman kat UITM, terus balik rumah. Sampai rumah penat sangat. Rasa cam nak terus tido jerk. Dahlah kitorang tak prepare pape pun untuk interview esok. Lantakla..Badan dah penat sangat....

Interview kat Kota Damansara kul 9pagi. My friend bawak kete agak laju coz nak elak dari jalam jem. Ofis die tak macam ofis biasa tapi sebuah rumah yang dijadikan sebagai ofis. Macam kat tempat praktikal saya dulu, sebuah rumah dijadikan ofis. Syarikat ni syarikat kontraktor yang lebih kepada projek painting. HQ syarikat ni kat Johor. Yang kat Kota Damansara ni cuma branch jer. Sampai kat sana ingatkan leh interview terus tapi bos lak keluar. Dekat sejam jugak menunggu bos. Nasib baik kerani tu mesra alam, so takdela boring sangat menunggu.

Bila bos sampai jer terus die interview saya. Ingatkan die nak inteview dalam bilik die tapi die interview kat tempat tu terus. Aiyyok, takde privasi langsung. Dua orang yang interview saya kat tempat tu. Muka sorang2 serius lak tu time tanya soalan cam tengah soal siasat pesalah. Saya suruh diorang interview sekali member saya sebab dah alang2 sekali kan. Masa member saya diinterview, saya kena tunggu kat luar. Pastu tak sangka lak kerani tu pun turut ikut saya duk kat luar gak. Die tu macam berminat jer nak saya keje kat syarikat tu. Macam2 kami borak. Cara die cakap tu macam berharap saya dapat keje kat sana tapi cuma kerani jer yang berharap sangat. Yang lain biase je kot..

Lepas interview kat Kota Damansara ni, kitorang bergegas ke PJ lak. Yang ni memang saya ngan member dipanggil interviw, best tau..huhu..Syarikat ni nampak cam ok jerk. Syarikat die best jugakla. Syarikat ni agak formal. Kena isi borang dulu. Die punye soalan macam2 tanya, aduiii....Orang yang interview kitorang ni orang cina dan yang syoknya die tanya dalam bahasa melayu, so takdela tergagap2 nak jawab. Macam2 die tanya tapi takdela susah sangat nak jawab. Syarikat ni nyer fasiliti memang ok sangat. Kami harap syarikat ni berkenan la nak hire kitorang sekali. Sama2 doakan ye........:-)

Bila dah selesai sume ni, kitorang cari tempat nak isi perut lak. Ingatkan nak makan kat sekitar PJ Street tapi time tu kan time orang keje tengah lunch, so parking penuh.Takde satu pun yang kosong. Bila dah banyak kali pusing2 cari parking tak jumpa kitorang pun gi makan kat Sunway Piramid jela. Lepas makan2 kata sana, jalan2 la kat sekitar tempat tu sambil window shopping. Nak shopping.....al maklumla orang tanam anggur ni takde hasil. Sempat gak snap picture kat orang main ice skating tapi tak banyak pun.






asal bulat sangat mata nani ni?..




gambar pasu ni pun snap jgk ker?...

Lepas tu gi pusing2 di sekitar Shah Alam kat Seksyen 6 ngan Seksyen 7. Rumah kat sana besar giler2. Memang terpegun tengok saiz rumah yang lebih kurang macam istana (cam orang tak pernah tengok rumah besar jerk..). Agak2nye berape orang yang tinggal kat dalam rumah tu ek?..Ntah2 ramai pembantu rumah je dari ahli keluarga rumah tu. Kalau aku la dapat duk rumah tu memang dah tak kuar rumah dah..huhuhu..

Bila dah puas pusing2 kat sana kitorang singgah Tasik Shah Alam untuk hirup udara petang sambil lihat keindahan tasik kat sana. Then, semayang kat masjid Shah Alam. Oleh kerana kitorang ni musafir, so terus jamak semayang isyak terusla. Balik kang leh terus tido jer..zzzzzzzzzzz....

Saya plan nak balik Terengganu jumaat malam tapi member ajak teman die gi interview kat KL lak.Kesian lak kat member kalau tak temankan die. So, call mak mintak postpone balik pagi sabtu. Nasib baik mak bagi. Thanx mom....:-)..Kitorang gi KL pagi tapi interview tu kul 2.30 petang. So, sambil tunggu petang kitorang pusing2 kat sekitar KL. Kitorang gi makan kat Berjaya Times Square sambil window shopping. Hmmm...window shopping lagi. Dah nak wat camne, cume tu je yang kitorang mampu...Sambil tu snap picture sikit kat sana. (tak habis2 snap picture kan?)..Then bile dah puas pusing2 lam Bejaya Times Square, kitorang gi pusing2 kat Sungei Wang lak..(suke bebenor pusing2 ni..nasib baik tak pening jer..)







pemandangan dari atas

nani




bergambar ngan teddy bear yang comel & besar

Lepas tu, gi interview kejap then sambung lagi jalan2. Kali ni pusing2 kat The Mall di PWTC. Minum petang kat sana kejap. Masa keluar dari tempat tu, hari dah gelap. Kitorang bergerak balik ke Shah Alam. Berhenti makan kat Seksyen 13, Shah Alam then lepas tu bergerak pulang ngan badan yang penat amat sangat. Esok pagi2 dah nak kena bangun sebab bas balik ke K.Terengganu kul 9pagi. Member balik lambat sikit coz die de keje sikit kat sana. Even penat tapi seronok la dapat jalan2..Sape la yang tak suka gi jalan2 kan?..Nak pulak kos percutian kali ni banyak di support oleh member cam makan & transport untuk bawak kitorang jalan2. Kira dah ok la tu..Thanx a lot to my frens..

Apa yang kami harapkan, pemergian kami ke sana berbaloi la. Tapi kalau takde rezeki nak buat camne kan?.. Redha jela. Takkan nak gi serang bos syarikat tu then paksa suruh timer kitorang keje kat sana gak. Tak ke kejam & brutal namanye?....Korang pun doa2 kanla supaya kami dapat keje tu sekali. Manala tau kot2 ngan doa kalian sume, kami dapat keje tu...ngeeee~J
















Monday, March 21, 2011

Dapat Interview...........................Lagi


Saya dapat interview keje lagi. Hmmm...dah bape banyak interview ye saya dapat tapi satu pun saya tak pergi. Tapi kali ni saya rasa cam nak pergi la interview ni. Tak berjaya dapat keje tu pun at least saya dapat pengalaman interview kan?...:-)

Lokasi interview ni kat Petaling Jaya, Selangor. Die nyer syarikat nampak ok jer. Before ni pernah dapat interview kat PJ tapi saya tolak sebab ada sebab yang tak dapat dielakkan. Sekarang ni dapat lagi kat sana. Dah tempat saya kat PJ ke ape?..hmmmmm...Tapi kalau dapat kat Shah Alam lagi saya suka. :-)

Harap saya berjaya lah dapat keje ni sekali ngan kawan saya. Kalau saya sorang2 tak suka. Kalau dapat keje ni, harap dua-dua sekali dapat. Kalau tak dapat keje ni, harap dua-dua sekali tak dapat. Barulah adil kan?..ngeeeeeeeee :-)...Tak prepare pape pun lagi untuk interview ni. Jap gi nak study sikit pape yang patut berkenaan ngan ni...

Sunday, March 13, 2011

Jumpa Kawan

Dapat mesej dari kawan cakap nak datang ke Terengganu sebab nak jumpa saya. Wah, suka..suka..suka..Dulu dah planning nak datang tapi tak jadi sebab kawan yang lagi sorang ada hal dan plan nak datang jumpa saya terpaksa cancel. So sad :-(..Dorang nak datang jumpa saya sebab nak tengok keadaan saya lepas saya baru saje kehilangan orang tersayang that is my dad..sob..sob..sob..:-(... Sungguh terharu but actually i’m just fine. Takdela murung jer..

Pastu pagi semalam kawan lagi sorang call cakap on the way nak ke Terengganu nak jumpa saya. Agak terkejut campur gembira sebab dorang jadi jugak datang jumpa saya sambil nak melawat tempat di sekitar Terengganu. Tapi masa tu agak lewat, so just jumpa and makan-makan jela. Nak gi jalan-jalan kena datang semula.

Saya sampai pun agak lewat sebab nak kena tunggu my sis balik keje dulu coz nak pinjam kete die. Maklumla penganggur terhormat tak berkemampuan nak ada kete sendiri lagi. Nak sara hidup sendiri pun tak lepas camne nak ada kete sendiri. Jalan pulak agak sesak sebab time tu time orang balik keje. Sampai kat sana pun dah nak dekat kul 6 petang.

Bila dah sembang-sembang sambil makan-makan, tak sedar hari dah nak gelap. So, nak tak nak kitorang kena jugak beransur pulang. Dorang pulak nak kena balik Kelantan hari tu jugak and kena sampai before 10pm sebab ada hal kat sana. Busy betulla die ni.

Tak sampai 2 jam jumpa dah nak berpisah. Sekejap giler jumpa. Mana puas kan? But i’m so happy that time.huahuahua...:-D..Lain kali diharap dapat jumpa korang lagi......^ - ^

Saturday, March 12, 2011

Taman Tamadun Islam

Semalam plan ngan member nak jumpa coz dah lama giler kitorang tak jumpa. Kali terakhir kitorang jumpa masa masing-masing umo 12 tahun. Sekarang dah nak masuk 24 tahun. Lama kan??.. Bila dah jumpa masing-masing dah besar pun. Tapi rupa tak banyak sangat la berubah. Cuma saya saje yang ada perubahan coz dulu saya kecik jer. Sekarang dah sama tinggi ngan member saya..:) So, semalam kitorang pun plan la nak jalan-jalan kat Taman Tamadun Islam.

Saya pernah ke sana tapi just pusing-pusing camtu jela. Tak lawat seluruh tempat tu. Maklumla, tempat sendiri kan? Anytime leh gi. Kalau tempat orang memang terasa gak nak melawat sebab masa ni jela peluang gi tempat tu. Camtu la selalu pikir, alih-alih tak gi terus.

Masa on the way nak ke sana, singgah jap kat Mydin Mall. On the way nak keluar dari kawasan Mydin Mall saya hampir nak eksiden disebabkan pemandu yang bengong ni jalan menonong je menuju ke kete saya. Dahla masuk lane orang. Terpikir gak dalam ati die ni mabuk di siang hari ke. Rupanya si polan ni ngah men handphone sambil drive. Hish, aku pantang bebenor kalau drive smbil buat benda lain. Kalau reti nak control kete takpe gak. Tapi kalau dah syok buat benda lain memang confirm takleh nak control kete ngan baik kan? Aku nyesal betul tak bagi hon kuat-kuat. Huh!!! Bukan setakat tu jer. Dalam beberapa minit lepas tu berlaku eksiden kecik kat depan kete saya. Adoyai, ape malang tul nasib hari tu. Berlaku kejadian tak diingini depan mata. Cuak jugak saya masa tu coz saya ni bukannya pemandu yang pro. So, bila dah berlaku benda ni sume depan mata memang agak takut. Dahla kete pinjam.. Eksiden tu antara kete ngan mtor. Saya sebagai saksi utama kejadian mengatakan kete tu yang salah sebab kete tu tak berenti kat simpang. Dahla tak berenti, langgar anak dara orang lak tu. Kesian lak kat awek-awek tu sampai jatuh tersembam. Agak teruk gak coz bumper depan kete tu tercabut. Padan ngan muka. Yang buatkan saya rasa nak marah ni pemandu kete tu bukannya nak tolong awek-awek yang jatuh tu tapi kuar kete sebab nak ambik bumper die yang tercabut ngan mukanye yang sengal. Apa punye perasaan tak tau la. Takde riak muka orang bersalah langsung. Pandai tul die kawal mimik muka die. Sesuai dapat award die tu. Saya tak tolong coz jalan agak sibuk dan eksiden tu xdela sampai terpercik darah kat jalan.

Berbalik pada tempat lawatan sambil belajar kami lak. Bila dah sampai kat sana, saya tengok tempat ni memang cantik sangat-sangat. Nak-nak kalau dalam gambar, bertambah-tambah la cantiknyer tempat tu (lebih kepada memuji tempat sendiri je ni). Dalam kepala cuma nak jalan-jalan sekitar Masjid Kristai jer. Snap picture sikit (biasala gila bergambar). Tapi member ajak masuk kat dalam lak.Kat kawasan replika masjid di seluruh negara. Memang cantik. Tempat ni berbayar. Saya taktau berapa bayaran masuk sebab member yang sponsor dan saya tak terkeluar lak nak tnya berapa harga masuk. Dapat baucer makanan dan baucer cenderahati sekali.

Kitorang pun jalan-jalan sekitar kawasan tu. Agak luas tempat die. Pertama kali saya jejakkan kaki kat dalam kawasan tu. Kat sana diberi kemudahan samada untuk berbasikal, naik keretapi, naik kereta macam  nak ke padang golf atau cuma jalan kaki je. Kitorang pilih pilihan terakhir that’s mean jalan kaki je. Jalan kaki ni bebas je nak bergerak even penat sikit coz tempat tu agak luas. Setiap replika masjid, ada maklumat berkaitan masjid tulah.





Bila dah syok pusing-pusing sambil snap picture, tak sedar hari dah petang sangat. Dah penat jalan,dah snap picture, so time to back home..Bila dah hantar member balik umah die, tibe-tibe ujan lebat..Huwaaa...camne nak balik ni. (saje ngada-ngada) Gi ngan kete mana kena ujan kan?..Bila dah nak sampai umah saya lak, ujan turun makin lebat. Hari lak dah gelap. Agak nervous nak drive dikala tu sebab tak biasa lagi drive time ujan lebat dicampur ngan cuaca yang dah gelap. Tapi wat biasa jer dan Alhamdulillah, selamat sampai jugak..:) Sampai kat umah baru terasa sakit kaki dan penat + mengantuk sangat-sangat. Thanks to my fren, Mas sebab sponsor saya dan ajak ke sana. Kalau tak, taktau bila saya akan ke sana. Lain kali kita gi tempat lain lak yer?..=)

Jom kita layan gambar-gambar yang telah diambik oleh jurukamera yang tak bertauliah ni...





mas
aku lagi besar dari masjid ni???









berehat jap

Memang best sangat tempat ni terutama bagi pelancong luar negara dan luar negeri Terengganu. Korang patut datang tempat tu..Nak round satu dunia nak lawat masjid-masjid tu memanga agak susah bagi orang yang tak berkemampuan, so datang kat Taman Tamadun Islam kira okey la. Anggapla masa tu ada kat tempat yang real..(promote tempat sendiri sikit) Jangan lupa datang tau??...:)


Tuesday, March 8, 2011

Makan-Makan

Malam tadi saya tersangatla kenyang. Makan banyak sangat2. Dah lama tak makan banyak camtu..Tula, masa makan tak ingat dunia, bile dah takleh nak gerak baru ingat dunia.(tu adik yang cakap kat saya malam tadi lepas mengadu kat die).

Nak tau ape yang saya makan sampai macam tu sakali jadinye?..Ermmm..saya makan pizza, tom yam sampai penuh mangkuk yang bersaiz agak besar then saya makan nasi.. Lauk malam tadi punyala sedap, so camne saya nak makan sikit kan? Banyak tak saya makan?..Tak banyak??? Bagi saya dah kira banyakla tu..

Masa dalam keadaan camtu baru la perasaan menyesal datang dalam diri. Rasa cam tobat taknak makan banyak lagi. Pastu lain kali makan banyak lagi .Tak penah nak serik. Tapi dah takleh buat pape dah.. Dalam beberapa jam gak saya baring jer tak bergerak-gerak. Tapi kaki ngan tangan tu adala bergerak jugak. Sempat lagi berbalas sms ngan adik. Tipula kalau tak bergerak langsung. Lebih-lebih lak kan?..

Pesanan dari penaja:  Lain kali jangan makan banyak sangat sampai tak ingat dunia. Bila dah sakit diri sendiri yang menanggung. Berentila sebelum kenyang ye?..Mana la tau kot2 ada desert lak lepas makan kan?..=)

Friday, February 18, 2011

Mengimbau Kenangan Bersama Ayah

Bila duk saje2 fikiran teringat kat ayhku tersayang.Teringat kenangan bersama ngan ayah.Bagi saya ayah terlalu baik.Amat sukar untuk mencari ayah sebaik itu.Ayah sorang yang amat bertanggungjawab.Ayah sanggup korbankan ape saje demi keluarganya dan orang2 disekelilingnya.Ramai kawan2 ayah yang menyenangi sikap ayah (tak tipu ni).Kehilangan ayah amat terasa bagi keluarga saya dan orang yang betul2 menghargai ayah

Masa kecik2 dulu bile terjaga tengah malam (rasa dahaga) kejutkan ayah suh buatkan air.Ayah ngan keadaan mngantuk tapi tak marah pun siap tanya lagi nak minumair ape.Bila dah tanya jawabla nak minum air bandung la, air milo la, air sirap la dan macam2 lagila (siap leh order ni).Bila demam ayah betul2 jaga & ambik berat.Letakkan tuala basah kat dahi.Time demam memang takde selera nak makan kn?Masa tu ayah sanggup carikan makanan untuk anaknye tak kira la mahal ke tak.Yang penting anak kesayangan ayah makan sebab ayah memang susah hati kalau anak ayah demam tak makan.Ayah sanggup berjaga malam temankan saya siapkan keje sekolah yang terlupa nak siapkan masa siang hari (syok sangat bermain).Bila anak2 ayah tido kat depan ruang tamu, ayah akan dukung sorang2 masuk lam bilik tido.Mengada2 tul kan?Padahal sesekali kitorang dah terjaga pun tapi buat2 tido sebab nak suh ayah dukungkan.

Selalu suh ayah potongkan kuku padahal masa tu dah pandai potong sendiri.Time tengok tv kitorang berebut nak baring kat sebelah ayah.Bila ayah dah siap semayang,berebut nak duk atas riba ayah untuk aminkan doa sama2.Tiap pagi masa ayah nak gi keje selalu suh ayah bawak kitorang pusing2 dulu.Kalau ayah tak ikut kemahuan kitorang, kitorang akan mengamuk dan mak la yang jenuh pujuk kitorang.Ayah pun bawakla kitorang pusing2 dulu before ayah gi keje walaupun masa tu dah lewat nak gi keje.Nyamuk gigit suh ayah tolong garukan (bukannya tak pandau garu sendiri tapi nak bermanja ngan ayah).

Bila kitorang sakit, ayah akan bawakkan kitorang gi hospital, siap temankan sampai ke bilik rawatan lagi.Masa kitorang merengek nak gi jalan2, ayah selalunya tak menghampakan permintaan kitorang walaupun adakalanya dah lewat untuk kuar bersiar2.

Masa sekolah2 dulu mak ngan ayah memang tak bagi sangat anak2 pergi jalan2 ke bandar ngan kawan2 naik bas.Mak ayah riso sangat kalau anak2 gi jalan2 naik bas ngan kawan2 sebab kat stesen bas ramai orang yang tak baik.Kalau nak gi jalan2 or nak beli something,ayah akan bawakkan dan belikan.Kalau kitorang lewat sampai sekolah, biasanya saya taknak masuk kelas (takut cikgu marah), pastu ayah akan temankan sampai dalam kelas dan akan bercakap ngan cikgu bagi sebab kenapa datang lambat ke sekolah.Cikgu pun tak akan berani nak marah.Tapi kadang2 ayah ikut jugak kemahuan saya taknak gi sekola even masa tu dah sampai sekolah.Jarak sekolah ngan rumah bukannye dekat,leh tahan gak jauhnya tapi ayah still sabar dan ikut kemahuan saya.Masa tu saya bagila alasan sakit perut la, pening kepala la tapi bila sampai rumah tiba2 sihat.hahahahaha...Hmmmm....tak sangka nakal jugak aku masa kecik ek?..Ni sume kenangan masa saya kecik2 dulu.Ada banyak lagi tapi kalau nak diciterkan sumenya, 4 hari 4 malam pun tak habis lagi.

Masa anak2 ayah dah besar pun,ayah masih lagi take care.Benda yang kitorang leh wat sendiri pun ayah masih lagi nak tolong uruskan..Sekarang sume ni hanya tinggal kenangan je.Ayah dah pergi buat selamanya.Kehilangan ayah amat dirasai.Sebelum ni segala-galanya ayah yang uruskan.Sekarang ni kami kena belajar berdikari nak uruskan sume ni.Kami begitu merindui gelak tawa ayah,bicara ayah dan macam2 lagi berkaitan ngan ayah.Mak la yang paling terasa kehilangan ayah sebab mak selalu ngan ayah.Apa2 je hal,mak,ayah akan uruskan.

       
Ayahku yang sentiasa disayangi

Jom kita layan gambar2 ayahku sayang..^_^

ayah yang sentiasa diingati & dirindui selalu

hmmm..ensem jgk ayah aku ni..cam anak die la lawa..huhu..





cuti-cuti malaysia bersama ayah & keluarga tercinta


AYAH.....NOR TERAMAT RINDUKAN AYAH..............

MISS U SO MUCHHH...MUUAAAHHH!!!!......







Tuesday, February 15, 2011

Monday, January 10, 2011

dapat interview keje

Tadi tengah syok update blog dan update fesbuk tibe-tibe dapat panggilan dari syarikat pembinaan. Saya dipanggil interview keje sebagai Assistant QS.Taktau pe perasaan saya sekarang samada gembira ke tak.Syarikat tu kat Petaling Jaya. Emmmm...camne ni ek?..Nak pergi ke tak?..Memang saya nk sangat keje tapi bukan bulan ni. Saya nak bulan depan sebab saya nak gi bercuti ngan family saya  dulu kat Pulau Langkawi bulan depan..Aarrrggghhhh.....dalam dilema ni..Help me!!!

cinta

Hari ini saya nak bincangkan tentang cinta.Kita layan perasaan sikit arini k?..hehe..CINTA....Satu ungkapan yang amat susah untuk ditasirkan. Cinta ini begitu rumit..Cinta datang tanpa dipinta, cinta juga pergi tanpa disuruh. Manusia boleh berubah tingkah laku hanya kerana cinta. Begitu hebat penangan cinta kan? Semua orang merasai perasaan cinta ini cuma terpulag pada individu tersebut samada pengalaman cinta yang ditempuhi manis ataupun pahit..Tidak terkecuali dengan diri saya. Saya pernah merasai perasaan cinta ini namun keindahan alam percintaan yang saya rasai hanya sementara. Tapi sampai sekarang saya tak akan lupakan sampai bila-bila. Sesungguhnya saya masih mencintai die. Terlalu sukar untuk saya pada padamkan namanya dalam hati ini. Namun saya tetap berusaha untuk lupakan die sebagai kekasih saya.Saya harap saya dapat temui cinta baru  yang lebih indah dari cinta pertama saya ini.

Sunday, January 9, 2011

pengenalan diri

Hye...Nama saya NOR ZURIATI BT. RAZALI. Dilahirkan  pada 23 Ogos 1987 (bulan kemerdekaan) huhu..Bekas pelajar Politeknik Kota Bharu dalam jurusan Ukur Bahan. Memang minat dalam bidang pembinaan tp masih jd penganggur terhormat.Segala kisah suka dan duka yang terjadi dalam idup saya, akan saya luahkn di sini..Saya harap sudi2 la jadi followers saya..Hokeyy..