Kadang-kadang bile kita nak kenali seseorang, kita tengok first impession kita pada seseorang tu. Kalau first kenal rasa cam okey jek (nampak baik, boleh dipercayai) kita pun terima die jadi kawan kita dan kalau boleh nak die tu jadi kawan baik kita selamanye. Tapi kalau sebaliknye just kenal-kenal camtu je. Tak terniat pun nak kekal sampai bile2.
Tapi sebenarnye pada pandangan saya tak semua first impression kita tu tepat. Memang pada mulanya kita tengok die ni nampak ok, means boleh dipercayai dan boleh dijadikan sebagai kawan baik. Tapi tu hanya permulaan je dia nampak okey. Bila dah lama kenal or maybe tak sampai sebulan setengah kenal, die dah mula tunjukkan sifat sebenarnya (sifat negatif). So, masa tu kadang-kadang terdetik gak dalam ati ni rasa agak menyesal layan die baik-baik masa mula-mula kenal..:-(
Lepas ni kalau baru berkenalan ngan kawan baru dah taknak wat baik-baik sangat dah. Setakat ala kadar sudah lah. Kalau terjadi pape macam salah paham ke, pastu tibe-tibe die berubah tingkah laku, jadi takdela sakit ati sangat kat die ni. So, lepas ni berpada-pada la layan kawan yang baru kita kenal. Jangan sume benda kita nak citer kat die even die citer sume benda termasuklah hal peribadi die kat kita..
P/s: Sebenarnya kata-kata ni lebih kepada beri ingatan pada diri sendiri..Terpulang la pada korang samada nak ikut ke tak pe yang saya cakap ni..:-)..Bercakap pun melalui pengalaman bukan main hentam kromo je..


No comments:
Post a Comment