Inilah tajuk yang saya ingin kupaskan pada entri kali ni. Sebut je nama penyakit ni, bagi yang tak pernah kena lagi pasti akan rasa takut dan mula nak jauhkan diri dari pesakit yang kena penyakit ni. Tapi kebanyakannya pernah kena penyakit ni time kanak-kanak lagi. Hmmmm...bestla bagi yang kena penyakit ni time kanak-kanak. Kalau dah besar baru kena agak tak best la sebab malu ngan keadaan diri. Saya adalah salah sorang yang kena penyakit ni time dah besar. Teramat tak best.
Meh nak citer pengalaman kena penyakit ni. Masa mula-mula kena memang dah rasa semacam jer tapi buat dek je sebab memang tak expect akan kena penyakit ni. Tapi tetap search lam internet nak tau simptom-simptom penyakit ni. Bila dah rasa cam memang cukup je syarat untuk kena penyakit ni, pegi la jumpa doktor kat sebuah klinik swasta disekitar PJ Oldtown. Yang rasa kecewa + bengang doktor kat klinik tu dengan yakin cakap ni bukan kena chicken pox sedangkan naluriku kuat mengatakan memang dah kena pun penyakit ni. Doktor tu cakap nanti kalau dah naik kat muka baru datang jumpa die. Kenapa tak cakap nanti bila dah penuh satu badan baru datang jumpa die? Tapi hanya terluah dalam ati jela. Takut nanti dikatanye saya ni lebih pandai dari doktor..huhhhhh!!!!
Even dah dapat MC 2 hari hanya sebab dikatanye demam, tapi saya tetap tak puas hati. Esoknye saya pegi klinik lain kat sekitar Jln Klang Lama. Kat sana doktor tu cakap memang confirm saya kena chicken pox. Masa tu memang dah bintik-bintik merah muka ni. Dapat MC lagi. Kali ni dapat 5 hari. So, saya ape lagi malam tu terus packing barang balik kampung.
Tapi saya ade la terasa hati kat kawan sorang ni. Bila die dapat tau saya kena penyakit ni die terus jauhkan diri dari saya. Takut berjangkit katanye. Blah ngan takut berjangkit kau tu!! Kena betul-betul baru padan muka. Tak kisah la kau nak jauhkan diri dari aku pun. Bukannya aku heran sangat (cool down sikit Nor) Ape pun saya sangat bertimer kasih sangat kat kawan saya yang dua orang ni sebab sudi nak hantar saya pegi stesen bas. Budi korang takkan saya lupakan.
Kena penyakit ni memang rasa tidak selesa sangat dan sakit. Disini saya ada lampirkan info tentang penyakit ni. Kalau rajin baca la. Untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
Chicken Pox
Pengenalan
Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.
Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).
Tanda dan Gejala
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.
Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.
Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.
Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
- Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
- Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
- Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).
Komplikasi akibat chicken pox:
- Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
- Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
- Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
- Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan
- Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
- Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
- Rawatan di rumah
- Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
- Panadol untuk demam
Pencegahan
Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.
Semakan Akhir : 22 April 2008
Bagi anda yang rasa ada simptom-simptom seperti diatas, diharap cepat-cepatlah jumpa doktor yang betul-betul bertauliah sebab kalau cepat-cepat jumpa doktor anda mungkin tak kena teruk sangat dan parut takde la banyak sangat melekat kat badan dan muka.
Tapi ade jugak best nye dapat sakit ni sebab dapat MC lama-lama.So, boleh la rest lama-lama sikit kat rumah macam saya ni. Sampaikan bila dah masuk keje balik takde mood sudah nak wat keje..ish..ish..ish..(sambil geleng kepala)..