NiCe ViEw...

NiCe ViEw...
NiCe ViEw...

Monday, March 28, 2011

Sambil Menyelam Minum Air

Gi KL sebab nak gi interview. Sambil tu, leh gi jalan2 makan angin (sambil menyelam minum air).....

Baru2 ni saya ada bagitau yang saya dapat interview kat PJ kan?. So saya pergila untuk mencuba bersama ngan member saya. Masa pagi nak bertolak ke Shah Alam, saya dapat satu lagi panggilan interview kat Kota Damansara. Alang2 dah nak ke sana saya suruh la pihak syarikat tu aturkan interview tu dalam minggu tu jugak.

Sampai kat Shah Alam, member yang memang duk kat sana datang ambik. Ingatkan terus balik rumah tapi diorang ajak jalan2 kejap. Gi makan kat Seksyen 2, Shah Alam. Makan2 sambil borak2 tak sedar masa dah lewat sangat. Lepas hantar kawan lagi sorang balik kolej kediaman kat UITM, terus balik rumah. Sampai rumah penat sangat. Rasa cam nak terus tido jerk. Dahlah kitorang tak prepare pape pun untuk interview esok. Lantakla..Badan dah penat sangat....

Interview kat Kota Damansara kul 9pagi. My friend bawak kete agak laju coz nak elak dari jalam jem. Ofis die tak macam ofis biasa tapi sebuah rumah yang dijadikan sebagai ofis. Macam kat tempat praktikal saya dulu, sebuah rumah dijadikan ofis. Syarikat ni syarikat kontraktor yang lebih kepada projek painting. HQ syarikat ni kat Johor. Yang kat Kota Damansara ni cuma branch jer. Sampai kat sana ingatkan leh interview terus tapi bos lak keluar. Dekat sejam jugak menunggu bos. Nasib baik kerani tu mesra alam, so takdela boring sangat menunggu.

Bila bos sampai jer terus die interview saya. Ingatkan die nak inteview dalam bilik die tapi die interview kat tempat tu terus. Aiyyok, takde privasi langsung. Dua orang yang interview saya kat tempat tu. Muka sorang2 serius lak tu time tanya soalan cam tengah soal siasat pesalah. Saya suruh diorang interview sekali member saya sebab dah alang2 sekali kan. Masa member saya diinterview, saya kena tunggu kat luar. Pastu tak sangka lak kerani tu pun turut ikut saya duk kat luar gak. Die tu macam berminat jer nak saya keje kat syarikat tu. Macam2 kami borak. Cara die cakap tu macam berharap saya dapat keje kat sana tapi cuma kerani jer yang berharap sangat. Yang lain biase je kot..

Lepas interview kat Kota Damansara ni, kitorang bergegas ke PJ lak. Yang ni memang saya ngan member dipanggil interviw, best tau..huhu..Syarikat ni nampak cam ok jerk. Syarikat die best jugakla. Syarikat ni agak formal. Kena isi borang dulu. Die punye soalan macam2 tanya, aduiii....Orang yang interview kitorang ni orang cina dan yang syoknya die tanya dalam bahasa melayu, so takdela tergagap2 nak jawab. Macam2 die tanya tapi takdela susah sangat nak jawab. Syarikat ni nyer fasiliti memang ok sangat. Kami harap syarikat ni berkenan la nak hire kitorang sekali. Sama2 doakan ye........:-)

Bila dah selesai sume ni, kitorang cari tempat nak isi perut lak. Ingatkan nak makan kat sekitar PJ Street tapi time tu kan time orang keje tengah lunch, so parking penuh.Takde satu pun yang kosong. Bila dah banyak kali pusing2 cari parking tak jumpa kitorang pun gi makan kat Sunway Piramid jela. Lepas makan2 kata sana, jalan2 la kat sekitar tempat tu sambil window shopping. Nak shopping.....al maklumla orang tanam anggur ni takde hasil. Sempat gak snap picture kat orang main ice skating tapi tak banyak pun.






asal bulat sangat mata nani ni?..




gambar pasu ni pun snap jgk ker?...

Lepas tu gi pusing2 di sekitar Shah Alam kat Seksyen 6 ngan Seksyen 7. Rumah kat sana besar giler2. Memang terpegun tengok saiz rumah yang lebih kurang macam istana (cam orang tak pernah tengok rumah besar jerk..). Agak2nye berape orang yang tinggal kat dalam rumah tu ek?..Ntah2 ramai pembantu rumah je dari ahli keluarga rumah tu. Kalau aku la dapat duk rumah tu memang dah tak kuar rumah dah..huhuhu..

Bila dah puas pusing2 kat sana kitorang singgah Tasik Shah Alam untuk hirup udara petang sambil lihat keindahan tasik kat sana. Then, semayang kat masjid Shah Alam. Oleh kerana kitorang ni musafir, so terus jamak semayang isyak terusla. Balik kang leh terus tido jer..zzzzzzzzzzz....

Saya plan nak balik Terengganu jumaat malam tapi member ajak teman die gi interview kat KL lak.Kesian lak kat member kalau tak temankan die. So, call mak mintak postpone balik pagi sabtu. Nasib baik mak bagi. Thanx mom....:-)..Kitorang gi KL pagi tapi interview tu kul 2.30 petang. So, sambil tunggu petang kitorang pusing2 kat sekitar KL. Kitorang gi makan kat Berjaya Times Square sambil window shopping. Hmmm...window shopping lagi. Dah nak wat camne, cume tu je yang kitorang mampu...Sambil tu snap picture sikit kat sana. (tak habis2 snap picture kan?)..Then bile dah puas pusing2 lam Bejaya Times Square, kitorang gi pusing2 kat Sungei Wang lak..(suke bebenor pusing2 ni..nasib baik tak pening jer..)







pemandangan dari atas

nani




bergambar ngan teddy bear yang comel & besar

Lepas tu, gi interview kejap then sambung lagi jalan2. Kali ni pusing2 kat The Mall di PWTC. Minum petang kat sana kejap. Masa keluar dari tempat tu, hari dah gelap. Kitorang bergerak balik ke Shah Alam. Berhenti makan kat Seksyen 13, Shah Alam then lepas tu bergerak pulang ngan badan yang penat amat sangat. Esok pagi2 dah nak kena bangun sebab bas balik ke K.Terengganu kul 9pagi. Member balik lambat sikit coz die de keje sikit kat sana. Even penat tapi seronok la dapat jalan2..Sape la yang tak suka gi jalan2 kan?..Nak pulak kos percutian kali ni banyak di support oleh member cam makan & transport untuk bawak kitorang jalan2. Kira dah ok la tu..Thanx a lot to my frens..

Apa yang kami harapkan, pemergian kami ke sana berbaloi la. Tapi kalau takde rezeki nak buat camne kan?.. Redha jela. Takkan nak gi serang bos syarikat tu then paksa suruh timer kitorang keje kat sana gak. Tak ke kejam & brutal namanye?....Korang pun doa2 kanla supaya kami dapat keje tu sekali. Manala tau kot2 ngan doa kalian sume, kami dapat keje tu...ngeeee~J
















Monday, March 21, 2011

Dapat Interview...........................Lagi


Saya dapat interview keje lagi. Hmmm...dah bape banyak interview ye saya dapat tapi satu pun saya tak pergi. Tapi kali ni saya rasa cam nak pergi la interview ni. Tak berjaya dapat keje tu pun at least saya dapat pengalaman interview kan?...:-)

Lokasi interview ni kat Petaling Jaya, Selangor. Die nyer syarikat nampak ok jer. Before ni pernah dapat interview kat PJ tapi saya tolak sebab ada sebab yang tak dapat dielakkan. Sekarang ni dapat lagi kat sana. Dah tempat saya kat PJ ke ape?..hmmmmm...Tapi kalau dapat kat Shah Alam lagi saya suka. :-)

Harap saya berjaya lah dapat keje ni sekali ngan kawan saya. Kalau saya sorang2 tak suka. Kalau dapat keje ni, harap dua-dua sekali dapat. Kalau tak dapat keje ni, harap dua-dua sekali tak dapat. Barulah adil kan?..ngeeeeeeeee :-)...Tak prepare pape pun lagi untuk interview ni. Jap gi nak study sikit pape yang patut berkenaan ngan ni...

Sunday, March 13, 2011

Jumpa Kawan

Dapat mesej dari kawan cakap nak datang ke Terengganu sebab nak jumpa saya. Wah, suka..suka..suka..Dulu dah planning nak datang tapi tak jadi sebab kawan yang lagi sorang ada hal dan plan nak datang jumpa saya terpaksa cancel. So sad :-(..Dorang nak datang jumpa saya sebab nak tengok keadaan saya lepas saya baru saje kehilangan orang tersayang that is my dad..sob..sob..sob..:-(... Sungguh terharu but actually i’m just fine. Takdela murung jer..

Pastu pagi semalam kawan lagi sorang call cakap on the way nak ke Terengganu nak jumpa saya. Agak terkejut campur gembira sebab dorang jadi jugak datang jumpa saya sambil nak melawat tempat di sekitar Terengganu. Tapi masa tu agak lewat, so just jumpa and makan-makan jela. Nak gi jalan-jalan kena datang semula.

Saya sampai pun agak lewat sebab nak kena tunggu my sis balik keje dulu coz nak pinjam kete die. Maklumla penganggur terhormat tak berkemampuan nak ada kete sendiri lagi. Nak sara hidup sendiri pun tak lepas camne nak ada kete sendiri. Jalan pulak agak sesak sebab time tu time orang balik keje. Sampai kat sana pun dah nak dekat kul 6 petang.

Bila dah sembang-sembang sambil makan-makan, tak sedar hari dah nak gelap. So, nak tak nak kitorang kena jugak beransur pulang. Dorang pulak nak kena balik Kelantan hari tu jugak and kena sampai before 10pm sebab ada hal kat sana. Busy betulla die ni.

Tak sampai 2 jam jumpa dah nak berpisah. Sekejap giler jumpa. Mana puas kan? But i’m so happy that time.huahuahua...:-D..Lain kali diharap dapat jumpa korang lagi......^ - ^

Saturday, March 12, 2011

Taman Tamadun Islam

Semalam plan ngan member nak jumpa coz dah lama giler kitorang tak jumpa. Kali terakhir kitorang jumpa masa masing-masing umo 12 tahun. Sekarang dah nak masuk 24 tahun. Lama kan??.. Bila dah jumpa masing-masing dah besar pun. Tapi rupa tak banyak sangat la berubah. Cuma saya saje yang ada perubahan coz dulu saya kecik jer. Sekarang dah sama tinggi ngan member saya..:) So, semalam kitorang pun plan la nak jalan-jalan kat Taman Tamadun Islam.

Saya pernah ke sana tapi just pusing-pusing camtu jela. Tak lawat seluruh tempat tu. Maklumla, tempat sendiri kan? Anytime leh gi. Kalau tempat orang memang terasa gak nak melawat sebab masa ni jela peluang gi tempat tu. Camtu la selalu pikir, alih-alih tak gi terus.

Masa on the way nak ke sana, singgah jap kat Mydin Mall. On the way nak keluar dari kawasan Mydin Mall saya hampir nak eksiden disebabkan pemandu yang bengong ni jalan menonong je menuju ke kete saya. Dahla masuk lane orang. Terpikir gak dalam ati die ni mabuk di siang hari ke. Rupanya si polan ni ngah men handphone sambil drive. Hish, aku pantang bebenor kalau drive smbil buat benda lain. Kalau reti nak control kete takpe gak. Tapi kalau dah syok buat benda lain memang confirm takleh nak control kete ngan baik kan? Aku nyesal betul tak bagi hon kuat-kuat. Huh!!! Bukan setakat tu jer. Dalam beberapa minit lepas tu berlaku eksiden kecik kat depan kete saya. Adoyai, ape malang tul nasib hari tu. Berlaku kejadian tak diingini depan mata. Cuak jugak saya masa tu coz saya ni bukannya pemandu yang pro. So, bila dah berlaku benda ni sume depan mata memang agak takut. Dahla kete pinjam.. Eksiden tu antara kete ngan mtor. Saya sebagai saksi utama kejadian mengatakan kete tu yang salah sebab kete tu tak berenti kat simpang. Dahla tak berenti, langgar anak dara orang lak tu. Kesian lak kat awek-awek tu sampai jatuh tersembam. Agak teruk gak coz bumper depan kete tu tercabut. Padan ngan muka. Yang buatkan saya rasa nak marah ni pemandu kete tu bukannya nak tolong awek-awek yang jatuh tu tapi kuar kete sebab nak ambik bumper die yang tercabut ngan mukanye yang sengal. Apa punye perasaan tak tau la. Takde riak muka orang bersalah langsung. Pandai tul die kawal mimik muka die. Sesuai dapat award die tu. Saya tak tolong coz jalan agak sibuk dan eksiden tu xdela sampai terpercik darah kat jalan.

Berbalik pada tempat lawatan sambil belajar kami lak. Bila dah sampai kat sana, saya tengok tempat ni memang cantik sangat-sangat. Nak-nak kalau dalam gambar, bertambah-tambah la cantiknyer tempat tu (lebih kepada memuji tempat sendiri je ni). Dalam kepala cuma nak jalan-jalan sekitar Masjid Kristai jer. Snap picture sikit (biasala gila bergambar). Tapi member ajak masuk kat dalam lak.Kat kawasan replika masjid di seluruh negara. Memang cantik. Tempat ni berbayar. Saya taktau berapa bayaran masuk sebab member yang sponsor dan saya tak terkeluar lak nak tnya berapa harga masuk. Dapat baucer makanan dan baucer cenderahati sekali.

Kitorang pun jalan-jalan sekitar kawasan tu. Agak luas tempat die. Pertama kali saya jejakkan kaki kat dalam kawasan tu. Kat sana diberi kemudahan samada untuk berbasikal, naik keretapi, naik kereta macam  nak ke padang golf atau cuma jalan kaki je. Kitorang pilih pilihan terakhir that’s mean jalan kaki je. Jalan kaki ni bebas je nak bergerak even penat sikit coz tempat tu agak luas. Setiap replika masjid, ada maklumat berkaitan masjid tulah.





Bila dah syok pusing-pusing sambil snap picture, tak sedar hari dah petang sangat. Dah penat jalan,dah snap picture, so time to back home..Bila dah hantar member balik umah die, tibe-tibe ujan lebat..Huwaaa...camne nak balik ni. (saje ngada-ngada) Gi ngan kete mana kena ujan kan?..Bila dah nak sampai umah saya lak, ujan turun makin lebat. Hari lak dah gelap. Agak nervous nak drive dikala tu sebab tak biasa lagi drive time ujan lebat dicampur ngan cuaca yang dah gelap. Tapi wat biasa jer dan Alhamdulillah, selamat sampai jugak..:) Sampai kat umah baru terasa sakit kaki dan penat + mengantuk sangat-sangat. Thanks to my fren, Mas sebab sponsor saya dan ajak ke sana. Kalau tak, taktau bila saya akan ke sana. Lain kali kita gi tempat lain lak yer?..=)

Jom kita layan gambar-gambar yang telah diambik oleh jurukamera yang tak bertauliah ni...





mas
aku lagi besar dari masjid ni???









berehat jap

Memang best sangat tempat ni terutama bagi pelancong luar negara dan luar negeri Terengganu. Korang patut datang tempat tu..Nak round satu dunia nak lawat masjid-masjid tu memanga agak susah bagi orang yang tak berkemampuan, so datang kat Taman Tamadun Islam kira okey la. Anggapla masa tu ada kat tempat yang real..(promote tempat sendiri sikit) Jangan lupa datang tau??...:)


Tuesday, March 8, 2011

Makan-Makan

Malam tadi saya tersangatla kenyang. Makan banyak sangat2. Dah lama tak makan banyak camtu..Tula, masa makan tak ingat dunia, bile dah takleh nak gerak baru ingat dunia.(tu adik yang cakap kat saya malam tadi lepas mengadu kat die).

Nak tau ape yang saya makan sampai macam tu sakali jadinye?..Ermmm..saya makan pizza, tom yam sampai penuh mangkuk yang bersaiz agak besar then saya makan nasi.. Lauk malam tadi punyala sedap, so camne saya nak makan sikit kan? Banyak tak saya makan?..Tak banyak??? Bagi saya dah kira banyakla tu..

Masa dalam keadaan camtu baru la perasaan menyesal datang dalam diri. Rasa cam tobat taknak makan banyak lagi. Pastu lain kali makan banyak lagi .Tak penah nak serik. Tapi dah takleh buat pape dah.. Dalam beberapa jam gak saya baring jer tak bergerak-gerak. Tapi kaki ngan tangan tu adala bergerak jugak. Sempat lagi berbalas sms ngan adik. Tipula kalau tak bergerak langsung. Lebih-lebih lak kan?..

Pesanan dari penaja:  Lain kali jangan makan banyak sangat sampai tak ingat dunia. Bila dah sakit diri sendiri yang menanggung. Berentila sebelum kenyang ye?..Mana la tau kot2 ada desert lak lepas makan kan?..=)