Semalam plan ngan member nak jumpa coz dah lama giler kitorang tak jumpa. Kali terakhir kitorang jumpa masa masing-masing umo 12 tahun. Sekarang dah nak masuk 24 tahun. Lama kan??.. Bila dah jumpa masing-masing dah besar pun. Tapi rupa tak banyak sangat la berubah. Cuma saya saje yang ada perubahan coz dulu saya kecik jer. Sekarang dah sama tinggi ngan member saya..:) So, semalam kitorang pun plan la nak jalan-jalan kat Taman Tamadun Islam.
Saya pernah ke sana tapi just pusing-pusing camtu jela. Tak lawat seluruh tempat tu. Maklumla, tempat sendiri kan? Anytime leh gi. Kalau tempat orang memang terasa gak nak melawat sebab masa ni jela peluang gi tempat tu. Camtu la selalu pikir, alih-alih tak gi terus.
Masa on the way nak ke sana, singgah jap kat Mydin Mall. On the way nak keluar dari kawasan Mydin Mall saya hampir nak eksiden disebabkan pemandu yang bengong ni jalan menonong je menuju ke kete saya. Dahla masuk lane orang. Terpikir gak dalam ati die ni mabuk di siang hari ke. Rupanya si polan ni ngah men handphone sambil drive. Hish, aku pantang bebenor kalau drive smbil buat benda lain. Kalau reti nak control kete takpe gak. Tapi kalau dah syok buat benda lain memang confirm takleh nak control kete ngan baik kan? Aku nyesal betul tak bagi hon kuat-kuat. Huh!!! Bukan setakat tu jer. Dalam beberapa minit lepas tu berlaku eksiden kecik kat depan kete saya. Adoyai, ape malang tul nasib hari tu. Berlaku kejadian tak diingini depan mata. Cuak jugak saya masa tu coz saya ni bukannya pemandu yang pro. So, bila dah berlaku benda ni sume depan mata memang agak takut. Dahla kete pinjam.. Eksiden tu antara kete ngan mtor. Saya sebagai saksi utama kejadian mengatakan kete tu yang salah sebab kete tu tak berenti kat simpang. Dahla tak berenti, langgar anak dara orang lak tu. Kesian lak kat awek-awek tu sampai jatuh tersembam. Agak teruk gak coz bumper depan kete tu tercabut. Padan ngan muka. Yang buatkan saya rasa nak marah ni pemandu kete tu bukannya nak tolong awek-awek yang jatuh tu tapi kuar kete sebab nak ambik bumper die yang tercabut ngan mukanye yang sengal. Apa punye perasaan tak tau la. Takde riak muka orang bersalah langsung. Pandai tul die kawal mimik muka die. Sesuai dapat award die tu. Saya tak tolong coz jalan agak sibuk dan eksiden tu xdela sampai terpercik darah kat jalan.
Berbalik pada tempat lawatan sambil belajar kami lak. Bila dah sampai kat sana, saya tengok tempat ni memang cantik sangat-sangat. Nak-nak kalau dalam gambar, bertambah-tambah la cantiknyer tempat tu (lebih kepada memuji tempat sendiri je ni). Dalam kepala cuma nak jalan-jalan sekitar Masjid Kristai jer. Snap picture sikit (biasala gila bergambar). Tapi member ajak masuk kat dalam lak.Kat kawasan replika masjid di seluruh negara. Memang cantik. Tempat ni berbayar. Saya taktau berapa bayaran masuk sebab member yang sponsor dan saya tak terkeluar lak nak tnya berapa harga masuk. Dapat baucer makanan dan baucer cenderahati sekali.
Kitorang pun jalan-jalan sekitar kawasan tu. Agak luas tempat die. Pertama kali saya jejakkan kaki kat dalam kawasan tu. Kat sana diberi kemudahan samada untuk berbasikal, naik keretapi, naik kereta macam nak ke padang golf atau cuma jalan kaki je. Kitorang pilih pilihan terakhir that’s mean jalan kaki je. Jalan kaki ni bebas je nak bergerak even penat sikit coz tempat tu agak luas. Setiap replika masjid, ada maklumat berkaitan masjid tulah.
Bila dah syok pusing-pusing sambil snap picture, tak sedar hari dah petang sangat. Dah penat jalan,dah snap picture, so time to back home..Bila dah hantar member balik umah die, tibe-tibe ujan lebat..Huwaaa...camne nak balik ni. (saje ngada-ngada) Gi ngan kete mana kena ujan kan?..Bila dah nak sampai umah saya lak, ujan turun makin lebat. Hari lak dah gelap. Agak nervous nak drive dikala tu sebab tak biasa lagi drive time ujan lebat dicampur ngan cuaca yang dah gelap. Tapi wat biasa jer dan Alhamdulillah, selamat sampai jugak..:) Sampai kat umah baru terasa sakit kaki dan penat + mengantuk sangat-sangat. Thanks to my fren, Mas sebab sponsor saya dan ajak ke sana. Kalau tak, taktau bila saya akan ke sana. Lain kali kita gi tempat lain lak yer?..=)
Jom kita layan gambar-gambar yang telah diambik oleh jurukamera yang tak bertauliah ni...
aku lagi besar dari masjid ni???
berehat jap
Memang best sangat tempat ni terutama bagi pelancong luar negara dan luar negeri Terengganu. Korang patut datang tempat tu..Nak round satu dunia nak lawat masjid-masjid tu memanga agak susah bagi orang yang tak berkemampuan, so datang kat Taman Tamadun Islam kira okey la. Anggapla masa tu ada kat tempat yang real..(promote tempat sendiri sikit) Jangan lupa datang tau??...:)
No comments:
Post a Comment