Gi KL sebab nak gi interview. Sambil tu, leh gi jalan2 makan angin (sambil menyelam minum air).....
Baru2 ni saya ada bagitau yang saya dapat interview kat PJ kan?. So saya pergila untuk mencuba bersama ngan member saya. Masa pagi nak bertolak ke Shah Alam, saya dapat satu lagi panggilan interview kat Kota Damansara. Alang2 dah nak ke sana saya suruh la pihak syarikat tu aturkan interview tu dalam minggu tu jugak.
Sampai kat Shah Alam, member yang memang duk kat sana datang ambik. Ingatkan terus balik rumah tapi diorang ajak jalan2 kejap. Gi makan kat Seksyen 2, Shah Alam. Makan2 sambil borak2 tak sedar masa dah lewat sangat. Lepas hantar kawan lagi sorang balik kolej kediaman kat UITM, terus balik rumah. Sampai rumah penat sangat. Rasa cam nak terus tido jerk. Dahlah kitorang tak prepare pape pun untuk interview esok. Lantakla..Badan dah penat sangat....
Interview kat Kota Damansara kul 9pagi. My friend bawak kete agak laju coz nak elak dari jalam jem. Ofis die tak macam ofis biasa tapi sebuah rumah yang dijadikan sebagai ofis. Macam kat tempat praktikal saya dulu, sebuah rumah dijadikan ofis. Syarikat ni syarikat kontraktor yang lebih kepada projek painting. HQ syarikat ni kat Johor. Yang kat Kota Damansara ni cuma branch jer. Sampai kat sana ingatkan leh interview terus tapi bos lak keluar. Dekat sejam jugak menunggu bos. Nasib baik kerani tu mesra alam, so takdela boring sangat menunggu.
Bila bos sampai jer terus die interview saya. Ingatkan die nak inteview dalam bilik die tapi die interview kat tempat tu terus. Aiyyok, takde privasi langsung. Dua orang yang interview saya kat tempat tu. Muka sorang2 serius lak tu time tanya soalan cam tengah soal siasat pesalah. Saya suruh diorang interview sekali member saya sebab dah alang2 sekali kan. Masa member saya diinterview, saya kena tunggu kat luar. Pastu tak sangka lak kerani tu pun turut ikut saya duk kat luar gak. Die tu macam berminat jer nak saya keje kat syarikat tu. Macam2 kami borak. Cara die cakap tu macam berharap saya dapat keje kat sana tapi cuma kerani jer yang berharap sangat. Yang lain biase je kot..
Lepas interview kat Kota Damansara ni, kitorang bergegas ke PJ lak. Yang ni memang saya ngan member dipanggil interviw, best tau..huhu..Syarikat ni nampak cam ok jerk. Syarikat die best jugakla. Syarikat ni agak formal. Kena isi borang dulu. Die punye soalan macam2 tanya, aduiii....Orang yang interview kitorang ni orang cina dan yang syoknya die tanya dalam bahasa melayu, so takdela tergagap2 nak jawab. Macam2 die tanya tapi takdela susah sangat nak jawab. Syarikat ni nyer fasiliti memang ok sangat. Kami harap syarikat ni berkenan la nak hire kitorang sekali. Sama2 doakan ye........:-)
Bila dah selesai sume ni, kitorang cari tempat nak isi perut lak. Ingatkan nak makan kat sekitar PJ Street tapi time tu kan time orang keje tengah lunch, so parking penuh.Takde satu pun yang kosong. Bila dah banyak kali pusing2 cari parking tak jumpa kitorang pun gi makan kat Sunway Piramid jela. Lepas makan2 kata sana, jalan2 la kat sekitar tempat tu sambil window shopping. Nak shopping.....al maklumla orang tanam anggur ni takde hasil. Sempat gak snap picture kat orang main ice skating tapi tak banyak pun.
asal bulat sangat mata nani ni?..
gambar pasu ni pun snap jgk ker?...
Lepas tu gi pusing2 di sekitar Shah Alam kat Seksyen 6 ngan Seksyen 7. Rumah kat sana besar giler2. Memang terpegun tengok saiz rumah yang lebih kurang macam istana (cam orang tak pernah tengok rumah besar jerk..). Agak2nye berape orang yang tinggal kat dalam rumah tu ek?..Ntah2 ramai pembantu rumah je dari ahli keluarga rumah tu. Kalau aku la dapat duk rumah tu memang dah tak kuar rumah dah..huhuhu..
Bila dah puas pusing2 kat sana kitorang singgah Tasik Shah Alam untuk hirup udara petang sambil lihat keindahan tasik kat sana. Then, semayang kat masjid Shah Alam. Oleh kerana kitorang ni musafir, so terus jamak semayang isyak terusla. Balik kang leh terus tido jer..zzzzzzzzzzz....
Saya plan nak balik Terengganu jumaat malam tapi member ajak teman die gi interview kat KL lak.Kesian lak kat member kalau tak temankan die. So, call mak mintak postpone balik pagi sabtu. Nasib baik mak bagi. Thanx mom....:-)..Kitorang gi KL pagi tapi interview tu kul 2.30 petang. So, sambil tunggu petang kitorang pusing2 kat sekitar KL. Kitorang gi makan kat Berjaya Times Square sambil window shopping. Hmmm...window shopping lagi. Dah nak wat camne, cume tu je yang kitorang mampu...Sambil tu snap picture sikit kat sana. (tak habis2 snap picture kan?)..Then bile dah puas pusing2 lam Bejaya Times Square, kitorang gi pusing2 kat Sungei Wang lak..(suke bebenor pusing2 ni..nasib baik tak pening jer..)
pemandangan dari atas
nani
bergambar ngan teddy bear yang comel & besar
Lepas tu, gi interview kejap then sambung lagi jalan2. Kali ni pusing2 kat The Mall di PWTC. Minum petang kat sana kejap. Masa keluar dari tempat tu, hari dah gelap. Kitorang bergerak balik ke Shah Alam. Berhenti makan kat Seksyen 13, Shah Alam then lepas tu bergerak pulang ngan badan yang penat amat sangat. Esok pagi2 dah nak kena bangun sebab bas balik ke K.Terengganu kul 9pagi. Member balik lambat sikit coz die de keje sikit kat sana. Even penat tapi seronok la dapat jalan2..Sape la yang tak suka gi jalan2 kan?..Nak pulak kos percutian kali ni banyak di support oleh member cam makan & transport untuk bawak kitorang jalan2. Kira dah ok la tu..Thanx a lot to my frens..
Apa yang kami harapkan, pemergian kami ke sana berbaloi la. Tapi kalau takde rezeki nak buat camne kan?.. Redha jela. Takkan nak gi serang bos syarikat tu then paksa suruh timer kitorang keje kat sana gak. Tak ke kejam & brutal namanye?....Korang pun doa2 kanla supaya kami dapat keje tu sekali. Manala tau kot2 ngan doa kalian sume, kami dapat keje tu...ngeeee~J




