NiCe ViEw...

NiCe ViEw...
NiCe ViEw...

Thursday, November 24, 2011

InTerView Oh IntErviEw.....

Tadi masa tengah syok bersembang dengan pekerja tiba-tiba saya dapat satu panggilan. Masa tu saya ada kat site Nak tau tak panggilan dari sape?..Hmmm..panggilan dari syarikat yang saya pernah apply kat dalam internet. Saya sendiri pun dah lupa masa bila saya apply kat syarikat ni...

Hmmm...memang saya dah agak yang panggilan ni dari salah satusyarikat yang saya apply. Jadi saya terpaksa menjauh sikit dari diorang sebab tak nak ganggu diorang bercakap.. sopannya saya ni kan?..jawab call jauh-jauh sebab tak nak ganggu orang tengah bercakap hew..hew..hew...

Temujanji untuk interview tu hari selasa ni bersamaan 29 November 2011. Saya sebenarnya tengah confius samada nak pergi ke tak interview tu. Kalau saya pergi, macam mana saya nak pergi kat sana? Pastu camne saya nak ambik cuti ni? Ngan kawan saya pun saya tak beritahu lagi yang saya dapat interview tu....

Hmmmm....macam mana ni ye.....

Macam mana ye..nak gi ke tak? Saya cakap kat syarikat tu nanti pape hal saya akan call back that company before tuesday. Perlukan pandangan dan cadangan ni...

Aaaarrrggghhhhhh!!!!!!!...tension betul la takde transport ni!!!!!....

Susahnya kalau tak ada kenderaan.. Susah nak bergerak ke sana sini...



Sunday, November 20, 2011

MooD SayA PadA HarI InI

Hmmmm...dah lama rasanya tak update blog ni..Blog saya pun dah mula dipenuhi ngan sawang yang cantik-cantik sume nye..huhu...

Entri saya kali ni seperti yang tertera di atas..Mood saya tak berapa nak okey la..Macam-macam yang saya rasa sekarang. Dan yang paling tak tahan kena menanggung penderitaan sakit kepala sekarang ni...Arggggghhhhhhh!!!!!!..sangat tidak tahan..Rasa macam nak baring je sepanjang masa arini tapi apakan daya keadaan sekarang ni tidak mengizinkan saya berbuat begitu. Lambatnya balik keje. Tak sabar rasanya nk menghempaskan badan ke katil yang empuk ni..

need a medicine plisss.....

Mungkin sakit ni menyerang disebabkan saya terlalu stres ngan kerja yang berlambak dan ditambah dengan masalah-masalah lain..

tension betulllll....!!!!

p/s:wahai sakit kepala...cepat-cepatlah pergi dari diri saya ini...Sebab saya malas nak makan ubat & saya taknak menanggung sakit ini lama-lama T_T

Thursday, October 13, 2011

Ciri-Ciri Suami Idaman

Lelaki yang macam mana nak dijadikan suami?.. Kebanyakannya pasti akan jawab ciri-ciri lelaki yang nak dijadikan suami sama macam ayah kita. Kajian ini telah dibuat kat negara omputih dan kebanyakan jawapan yang diterima, nak bakal suami diorang sama macam ayah masing-masing.

Salah sorang dari golongan ini adalah saya. Kalau boleh saya nak ciri-ciri bakal suami saya sama macam ayah saya. Sangat penyayang, sangat penyabar, sangat bertanggungjawab, sangat mengambil berat dan macam-macam lagi la. Tapi masalahnya masihkah ada harapan untuk saya memiliki jejaka yang ada ciri-ciri macam ayah saya? Hmmmm...kalau lah ada, betapa bertuahnya saya dan bakal anak-anak saya..hahahahaha..


pastinya perempuan ni mengharapkan suami die jadi macam ayah die 




contoh ayah mithali :)

p/s: hmmmmm...tibe-tibe rasa rindu kat ayah..sentiasa teringat kenangan waktu bahagia kami sekeluarga dan ketika ayah sakit.. :’(

Tuesday, October 4, 2011

Layan Lagu...

Entri kali ni saje-saje je letak lagu yang jiwang karat ni. First dengar time adik pasang lagu ni dengar macam biasa je. Lama lepas tu ada orang pasangkan lagu ni lagi. Bila dengar betul-betul macam best la pulak lagu ni. Senikata lagu ni agak sedih sebab cinta yang diingikan dari orang tersayang tidak kesampaian. Ni saya sertakan lirik lagu ni. Korang hayati la lirik lagu ni eh..



Di Saat Aku Mencintaimu – Dadali

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi.. menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
  
Menyendiri lagi..menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti            
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta



Ni pulak video klip untuk lagu ni :



Jom sama-sama kita layan lagu ni :-)







Monday, October 3, 2011

Chicken Pox

Inilah tajuk yang saya ingin kupaskan pada entri kali ni. Sebut je nama penyakit ni, bagi yang tak pernah kena lagi pasti akan rasa takut dan mula nak jauhkan diri dari pesakit yang kena penyakit ni.  Tapi kebanyakannya pernah kena penyakit ni time kanak-kanak lagi. Hmmmm...bestla bagi yang kena penyakit ni time kanak-kanak. Kalau dah besar baru kena agak tak best la sebab malu ngan keadaan diri. Saya adalah salah sorang yang kena penyakit ni time dah besar. Teramat tak best.

Meh nak citer pengalaman kena penyakit ni. Masa mula-mula kena memang dah rasa semacam jer tapi buat dek je sebab memang tak expect akan kena penyakit ni. Tapi tetap search lam internet nak tau simptom-simptom penyakit ni. Bila dah rasa cam memang cukup je syarat untuk kena penyakit ni, pegi la jumpa doktor kat sebuah klinik swasta disekitar PJ Oldtown. Yang rasa kecewa + bengang doktor kat klinik tu dengan yakin cakap ni bukan kena chicken pox sedangkan naluriku kuat mengatakan memang dah kena pun penyakit ni. Doktor tu cakap nanti kalau dah naik kat muka baru datang jumpa die. Kenapa tak cakap nanti bila dah penuh satu badan baru datang jumpa die? Tapi hanya terluah dalam ati jela. Takut nanti dikatanye saya ni lebih pandai dari doktor..huhhhhh!!!!

Even dah dapat MC 2 hari hanya sebab dikatanye demam, tapi saya tetap tak puas hati. Esoknye saya pegi klinik lain kat sekitar Jln Klang Lama. Kat sana doktor tu cakap memang confirm saya kena chicken pox. Masa tu memang dah bintik-bintik merah muka ni. Dapat MC lagi. Kali ni dapat 5 hari. So, saya ape lagi malam tu terus packing barang balik kampung.
Tapi saya ade la terasa hati kat kawan sorang ni. Bila die dapat tau saya kena penyakit ni die terus jauhkan diri dari saya. Takut berjangkit katanye. Blah ngan takut berjangkit kau tu!! Kena betul-betul baru padan muka. Tak kisah la kau nak jauhkan diri dari aku pun. Bukannya aku heran sangat (cool down sikit Nor) Ape pun saya sangat bertimer kasih sangat kat kawan saya yang dua orang ni sebab sudi nak hantar saya pegi stesen bas. Budi korang takkan saya lupakan.

Kena penyakit ni memang rasa tidak selesa sangat dan sakit. Disini saya ada lampirkan info tentang penyakit ni. Kalau rajin baca la. Untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Chicken Pox

Pengenalan
Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox. 

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku. 

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.
 

Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema). 
Komplikasi akibat chicken pox: 
  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri. 
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak 
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan
  1. Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
  1. Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
  1. Rawatan di rumah 
    • Sapu losyen calamine.
    • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
    • Panadol untuk demam
Pencegahan 

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.
Semakan Akhir : 22 April 2008




Bagi anda yang rasa ada simptom-simptom seperti diatas, diharap cepat-cepatlah jumpa doktor yang betul-betul bertauliah sebab kalau cepat-cepat jumpa doktor anda mungkin tak kena teruk sangat dan parut takde la banyak sangat melekat kat badan dan muka.

Tapi ade jugak best nye dapat sakit ni sebab dapat MC lama-lama.So, boleh la rest lama-lama sikit kat rumah macam saya ni. Sampaikan bila dah masuk keje balik takde mood sudah nak wat keje..ish..ish..ish..(sambil geleng kepala)..


Monday, September 5, 2011

ape kurang nye saya?

Tengah duk tengok2 facebook saya ni, pastu terfikir nak tengok profile kawan saya. Bile bukak profile kawan saya tu, tibe2 saya nampak saya kena "add as friend" kat profile die. Rasa tersentap jap. Pastu otakku mula bekerja kuat mengingatkan balik yang bukan ke saya dah berkawan ngan die ni.

Rupanye die dah remove saya sebagai kawan die kat dalam facebook die. Saya tak tau kenapa die remove saya dalam facebook die. Mungkin saya tak layak jadi kawan die lagi dah.. Hmmmm...orang dah tak sudi kawan ngan kite buat pe kite terhegeh2 nak kawan ngn orang tu lagi kan?

Tapi sejujurnye saya betul2 rasa sedih + kecewa dan masih terpikir lagi kenapa tibe2 die remove saya sebab tengok dari perwatakan die tu cam die bukan jenis yang macam tu. Remove facebook tanpa sebab. Kenapa awak buat macam ni kat saya? Kalau dah xsuka or dah bosan kawan ngan saya, at least gtau la kat saya. Jangan la tibe2 buat keputusna drastik camni. Awak ingat saya ni takde perasaan ke?..




Saya ni mungkin tak cantik dan tak sesuai untk berkawan ngan awak kan?..
:'(

Sunday, May 15, 2011

First Impression

Kadang-kadang bile kita nak kenali seseorang, kita tengok first impession kita pada seseorang tu. Kalau first kenal rasa cam okey jek (nampak baik, boleh dipercayai) kita pun terima die jadi kawan kita dan kalau boleh nak die tu jadi kawan baik kita selamanye. Tapi kalau sebaliknye just kenal-kenal camtu je. Tak terniat pun nak kekal sampai bile2.

Tapi sebenarnye pada pandangan saya tak semua first impression kita tu tepat. Memang pada mulanya kita tengok die ni nampak ok, means boleh dipercayai dan boleh dijadikan sebagai kawan baik. Tapi tu hanya permulaan je dia nampak okey. Bila dah lama kenal or maybe tak sampai sebulan setengah kenal, die dah mula tunjukkan sifat sebenarnya (sifat negatif). So, masa tu kadang-kadang terdetik gak  dalam ati ni rasa agak menyesal layan die baik-baik masa mula-mula kenal..:-(


Lepas ni kalau baru berkenalan ngan kawan baru dah taknak wat baik-baik sangat dah. Setakat ala kadar sudah lah. Kalau terjadi pape macam salah paham ke, pastu tibe-tibe die berubah tingkah laku,  jadi takdela sakit ati sangat kat die ni. So, lepas ni berpada-pada la layan kawan yang baru kita kenal. Jangan sume benda kita nak citer kat die even die citer sume benda termasuklah hal peribadi die kat kita..


P/s: Sebenarnya kata-kata ni lebih kepada beri ingatan pada diri sendiri..Terpulang la pada korang samada nak ikut ke tak pe yang saya cakap ni..:-)..Bercakap pun melalui pengalaman bukan main hentam kromo je..